About

Nama saya, aku. Percaya ke? Hehehe..

Nanti aa aku story panjang lebar… nak tido dulu.. calo..

—————- sambungan —————————
Oklah.. tak perlulah aku perkenalkan nama aku.. korang boleh whois, nama aku ada pada ‘Tech Name’.

Sejak sekolah rendah, komputer adalah sesuatu yang aku minati, selain bermain catur.
Sewaktu Tingkatan 1, aku sanggup ambil kelas komputer semata-mata untuk bermain komputer! Rumah aku tiada komputer masa tu. Majalah PC pun aku beli, walaupon hakikatnya, aku memang tiada komputer!

Aku adalah seorang yang percaya kepada perancangan, dan SANGAT percaya kepada takdir. UPSR, 3A 1B, PMR 7A 2B, SPM Pangkat 1 yang nak ke 2 🙂 Matrik, pertengahan antara 2 dan 3 point, Bacelor Sains Komputer, Second Class Upper. Aku percaya semua yang aku dapat ni adalah perancangan dan takdir. Kalau nak cerita pasal perancangan dan takdir, adalah diluar skop About page aku ni, kan? jadi aku biarkan disitu saja, ok.

Dan aku percaya aku di sini atas takdir yang Allah tentukan buat aku. Sejak bergelar graduan secara rasmi pada 25 September 2005, baru sekali ini aku mempunyai pekerjaan. Itupun atas belas ihsan rakan baik abang aku. Sebab tu aku tak mahu berhenti kerja. Gaji yang aku terima adalah 50% kurang berbanding kawan-kawan aku. Aku tak kisah. Aku cuma berharap diberi peluang untuk sama-sama membangunkan syarikat kawan abang aku (walaupun aku yakin, mereka boleh berjaya tanpa aku pun) , dan aku berharap mereka tidak putus harapan kepada aku.
Satu lagi sebab utama aku bekerja adalah kerana tidak tahan dengan harapan orang-orang terdekat aku yang inginkan aku bekerja. Lagi pula, aku belum berjaya membentuk diri sebagai seorang usahawan sejati.

Jadi inilah aku, siang sebagai pekerja, malam sebagai usahawan internet.

Aku belum berjaya. Pengalaman yang akan aku kongsi adalah pengalaman sebagai seorang yang sedang berusaha untuk berjaya. Dengan harapan, ada diantara pembaca di blog ini yang akan sedar bahawa mereka tidak keseorangan. Sekurang-kurangnya ada 1 orang seperti mereka iaitu aku.

Apa lagi yang korang nak tahu pasal aku? Oh..

Aku awal 20-an, single but not available. Sedang kumpul duit ntuk kawen.. yea.. nak malu apa cakap, kan?

Hmm.. rasa cam dah cukup mengenai aku.. kalo korang ada apa-apa nak tanya, sila-silakanlah.. ok.. calo..

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

19 Respons to “About”

RSS Feed for Blog En. Aku Comments RSS Feed

ha ha ok la ni saya pun mula tak de bakat menulis blog tapi skrg dah ok kalo tak mula cam ner nak tahu kita ni boleh menulis hii hii saya tak sabar nak tgk apa yang ‘aku’ nak kongsikan…selamat berjaya

huhuhu.. ko komen kat about page.. patut ler aku cari kat muka depan tak de 🙂

en.aku.. en.aku set apa ye nameserver utk wordpress.com ni? saya dah beli domain tapi rasa nak host kat sini je. ke en. aku guna domain forwarding?

Jawapan En. Aku: Saya buat domain forwarding je, kurang periksa plak kalau wordpress.com benarkan set nameserver dia. Kalau leh set nameserver, saya pon nak set, rasa syok sket.. hehehe…

apa kelebihan set nameserver vs domain forwarding? nameserver best pasal semua page boleh guna enaku.com/aaaa/blabla.htm instead of domain forwarding yg boleh guna kat 1st page ke? sori ye banyak tanya. marah tak en. aku? kalau marah pas ni saya tanya soklan lain ye.. hehe.. gurau je..

marah nak buat pe? aku kalo tak paham pon tanya orang gak. 🙂

kelebihan yang aku nampak adalah sama cam ko nampak.. hakhak..

tak best aa, memula orang taip http://enaku.com , alih-alih sume page start ngan http://enaku.WORDPRESS.com , rasa2 cam bleh efek dari segi ranking kat search engine.. rasa2 jer la..

sains komputer?erm..uitm ka dulu?

UPM 🙂
ko uitm mane?

oo budak UPM ya… weh aku senior ko .. wakkaka gaban..

gred th 2000

pehh.. bapak punya senior.. taun 2000 gua baru amik SPM da.. huhuhu.. eh.. ko dah masuk 30 ek..

ehh muda lagi ma.. aku buat dip jah ( 2 taun )

As’kum..

Salam berkenalan..smart gak blog nie.Ada aura Mawi sikit.Good luck buat anda! 🙂

askm ….cool jer blog ni..menarik…teruskan.En.aku semoga aku.kau,dia dan mereka dapat sedikit sebanyak manfaatnye….8)

uitm arau..sori lambat..apa2 pun selamat hari raya.. 🙂

Selamat Hari Raya Aidilfitri semua!!!

Selamat Hari Raya Aidilfitri!

anak sapa ni hah…cam kenal

hehehe.. cam kenal.. 🙂 Selamat Hari Raya En. Anas.

eh encik aku, ko orang alor star eh? duduk Lorong Maktab, Simpang Kuala? dekat maktab mahmud?

dekat gila dgn kampong arwah tok aku – lorong maktab jugak. rumah color merah paling hujung tu. heheh

ko dulu skolah sg korok baru ke?

ohya kalau bole reply kat blog aku la eh (bole delete msg ni)


Where's The Comment Form?

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: