Balasan…

Posted on Oktober 18, 2006. Filed under: Tazkirah Ramadhan |

#
Inilah sedikit tazkirah Ramadhan dari aku yang taklah sealim mana…
#

Hari ini, sementara tunggu subuh, aku merayau-rayau ke blog-blog orang lain… dan bertandang ke : Ampin

Di blog beliau ada satu entry berkenaan iklan Petronas. Iklan Raya tahun ini, boleh lihat di sini: Petronas 

Melalui 2 TV komersial tersebut, aku menyimpulkan tema iklan tersebut adalah Balasan. Setiap perbuatan pasti ada balasannya. Hanya lambat atau cepatnya balasan tersebut tidak dapat kita pastikan.

Sesungguhnya Allah itu Maha Adil. Keadilan Allah tiada dapat ditandingi oleh mana-mana makhluk. Sekecil mana kebaikan atau keburukan, pasti dibalas Allah. Begitulah betapa adilnya Tuhan kita.

Suka aku ulaskan di sini berkenaan ramai yang bercerita tentang fadilat sesuatu ibadat. Amatlah baik niat pencerita tersebut. Tetapi biarlah aku ingatkan, disamping bercerita tentang fadilat sesuatu ibadat, nyatakan juga bahawa ada diantara fadilatnya (kebaikan/balasan), tidak dapat kita fikirkan.

Ambil contoh ini:

1. Aku menerangkan kepada anda berkenaan fadilat solat. Antaranya adalah menyihatkan badan, memelihara ingatan dan mengeratkan silaturrahim (solat jemaah). Tetapi aku juga perlu nyatakan bahawa balasan (fadilat) daripada solat kita ialah, Allah menilai kita sebagai hambanya yang syukur.

2. Aku menerangkan kepada anda berkenaan fadilat berpuasa. Betapa puasa dapat menginsafkan kita terhadap mereka yang tidak mampu, puasa mengajar kita berlapar (persediaan diri sekiranya berlaku darurat), puasa menyihatkan badan kerana dalam sebulan, perut diberi ‘rehat’ di waktu siang dan segala bagai kebaikan dan balasan yang kita terima kerana berpuasa. Tetapi aku perlu juga nyatakan, bahawa balasan puasa tidak semuanya kita nampak.

Kenapa perlu dinyatakan begini? Kenapa perlu disertakan ‘tetapi’ tersebut?

Ini adalah kerana kita sentiasa berdepan dengan mereka-mereka yang sinis terhadap agama. Baik dari atheis atau penganut agama lain.

Jika aku ditanya kenapa aku berpuasa? Aku tidak akan menjawab dengan segala fakta sains dan balasan yang nampak. Ini kerana jawapan-jawapan tersebut pasti ada saja yang dapat diketawakan oleh mereka. Sebaliknya cukuplah aku menjawab dengan balasan yang tidak nampak:

Aku berpuasa kerana mahu dikasihi Allah. Biarlah tidak ada kebaikan sekalipun dalam berpuasa, itu bukan tujuan aku berpuasa.

Aku solat kerana ia tuntutan Tuhanku. 

Aku faham kenapa fadilat ibadat sering dinyatakan: ia untuk menarik orang ramai untuk melakukan ibadat. Sebab itulah aku tidak mengatakan ia adalah perbuatan sia-sia.. cuma aku pohon, jika anda bercakap mengenai fadilat nampak, nyatakan juga fadilat yang tidak nampak.

Setiap perbuatan, pasti dibalas Allah.
Jawapan paling ringkas kepada persoalan tentang kebaikan/fadilat/balasan dari semua ibadat yang dilakukan.

Nota Ringkas:

  • Projek dalam progres. (aduh… penin.. penin)
  • Aidilfitri menjelang tiba tidak lama lagi, Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.
Advertisements

Make a Comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

5 Respons to “Balasan…”

RSS Feed for Blog En. Aku Comments RSS Feed

Tak pe slow n steady Selamat Hari Raya pada enaku dan semua pembaca blog enaku

Tazkirah yg baik, selamat hari raya..takpe projek..slow tak apa asalkan ada progress

biar lambat asalkan selamat. jangan tergopoh-gapah sebab tu tindakan syaitan. Mungkin tu kt pengajaran dalam iklan niih,,imo la..

salam aidilfitri


Where's The Comment Form?

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: