Muda Bukan Penghalang

Posted on Oktober 14, 2006. Filed under: General |

#

Jika anda masih pelajar, dengarlah kata-kataku ini (umurku baru 23 tahun)

#

Sekarang aku sudah bekerja. Dan berusaha tambahan di waktu malam. Sewaktu kecil, aku sudah berniaga kecil-kecilan. Jual nasi lemak sambal kerang (darjah 3) dan khidmat menyediakan label nama(darjah 6). yang seronoknya, modal dikeluarkan oleh orang tuaku, hasilnya semua aku sapu ๐Ÿ˜›

Sewaktu sekolah menengah, aku adalah antara pelajar yang sedikit bermasalah. Rajin ponteng kelas (masuk kelas yang tiada guru), dan rajin ponteng sekolah (waktu rehat lari balik rumah) .

Masa depan pelajar aku bahagikan kepada 4:

  1. Sewaktu menjadi pelajar ia baik, membesar menjadi baik.
  2. Sewaktu menjadi pelajar ia nakal, membesar menjadi baik.
  3. Sewaktu menjadi pelajar ia baik, membesar menjadi jahat.
  4. Sewaktu menjadi pelajar ia nakal, membesar menjadi jahat.

Entahlah aku, Fuad, linn, bagak dan sume yang dah tak jadi pelajar (secara formal ni), kami berada di dalam golongan mana.. aku tidak tahu…

Yang aku pasti, kepada yang masih belajar, elakkan jadi golongan 3 dan 4. biarlah sedikit nakal, asal bila dewasa berguna sekurang-kurangnya kepada orang tua sendiri. Masyarakat bimbang dengan pelajar yang nakal adalah kerana khuatir mereka terjebak di dalam golongan ke-4.

Sekarang aku kenal seorang pelajar yang baik. Sama ada beliau menjadi golongan pertama atau ketiga. (tentu sahaja kudoakan menjadi golongan pertama) Kukenalinya sebagai Labanon aka d3ly.

Baik di sini adalah judgement dari aku berdasarkan apa yang aku tahu menerusi internet. Beliauย  bersemangat dalam keusahawan. Suatu yang jarang aku ketemu dengan budak-budak zaman sekarang. Oh, aku bukan menilai beliau sebagai baik kerana semangatnya. Beliau baik kerana mendampingi golongan yang sepatutnya beliau dampingi. Mendampingi mereka yang mengikut jalan yang lurus. Semangat sahaja tidak cukup, jalan yang dipilih juga perlu betul.

Baru-baru ini aku dan warga wangcyber dikejutkan dengan tindakan tidak professional seorang warga Malaysia di Digital Point. Dan aku percaya, melaun tersebut adalah masih muda. Mungkin masih seorang pelajar. Semangat (untuk berbisnes) melaun itu memang bagus, tetapi jalan yang dipilih tidak betul. tidak betul menghina orang. tidak. dan tidak.

Inilah yang aku khuatir dengan budak-budak zaman sekarang. Nasiblah d3ly memilih jalan yang betul. Baru-baru ini beliau melancarkan sebuah ebook free (dapatkan di sini: http://usahawan.d3ly.com/). Adalah menjadi rasa bersalah jika aku tidak memberi dorongan. Dan inilah post aku. Entry ini sebagai dorongan agar beliau terus maju.

MUDA BUKANLAH PENGHALANG
Menjadi muda bukanlah penghalang kepada kejayaan dalam apa jua bidang. d3ly sudah buktikan. Pelancaran ebook itu adalah suatu kejayaan diantara kejayaan-kejayaan yang bakal mendatang (insyaALLAH). Aku sangat berharap, terdapat lebih ramai lagi d3ly di dalam Malaysia ini. Semoga Malaysia dapat saksikan suasana perniagaan internet yang selamat dengan wujudnya generasi muda yang memilih jalan yang betul.

Menjadi muda bukanlah penghalang untuk kaya. Menjadi muda bukanlah penghalang untuk berjaya. Menjadi muda bukanlah penghalang untuk dipandang mulia.

Dapatkan ebook beliau sebagai tanda sokongan. Mana yang kurang, tegur dan perbaiki beliau. Kita yang dah tua bangka nilah yang nak kena tunjukkan jalan. Sebab, ada diantara kita yang telah banyak kali menempuh jalan sukar. Biarlah yang muda mengambil faedah dari kesilapan kita. Biarlah mereka, suatu hari nanti, mengenang kita sebagai abang-abang dan kakak-kakak yang ditakdirkan Allah menjadi pelita hidup buat orang lain.

Sekian, adakah aku melalut sangat? Entahlah… sekadar menulis mengikut rentak jariku. Selamat berpuasa lagi.

Advertisements

Make a Comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

14 Respons to “Muda Bukan Penghalang”

RSS Feed for Blog En. Aku Comments RSS Feed

nak buat macam mana…masa aku muda dulu internet tak sampai malaysia lagi…hehee tapi itu bukan alasan untuk aku terus ketinggalan. kalau buat alasan memang kita tak kemana.

aku mula kenal komputer zaman tukar2 disket yang besar tu untuk jalankan sistem dos. sapa yang tak tahu apa bendanya ni, mmglah generasi baru dalam IT.

umur kita berbeza tapi garis permulaan untuk bisnes adalah sama. siapa yang pantas akan berjaya.

remaja sekarang jangan lepaskan peluang untuk belajar bisnes di internet. ramai cikgu yang boleh menolong. jangan asyik nak berchatting ajer.

Tahniah Labanon aka d3ly.

Renungan yang hebat.. Sebetulnya yang paling aku jeles ialah kesedaran utk buat business tu tak pernah aku terpikir masa belajar..

Den pon tabik gak dgn si dely ni. Memang hebat tu. Den gak yang masih terkial2 dan merangkak… ๐Ÿ˜›

Terima kasih atas sokongan anda semua.. insyallah saya tidak akan mengecewakan anda ๐Ÿ˜›

Lebanon..nanti dah berjaya sok jgn lupa ngan kitaorang2 nie tau.

Peh..kalo popular mcm Mawi bangga saya.

Go Lebanon!!! ๐Ÿ™‚

Assalamualaikum.

Menarik nya post hari ni.

Betul.Saya pon respek kat dely aka lebanon.
Muda-muda dah ada semangat. Saya dulu, semangat nak habiskan duit ada lah.

Untuk yang belum bermula, cepat2 lah bermula.
Belum terlambat.

Wassalam.

goodluck to lebanon..tp tak lupa juga kepada orang lain yg buat e-biz ni, moga bisnes anda maju…

tahniah buat lebanon. satu usaha yang cukup kuat dan perlukan motivasi yang tinggi untuk menghasilkannya. Btw, encik aku, siapa melaun tu? ๐Ÿ˜‰

Bagak.betul apa yg u cakap..saya kenal internet pun bilah dah masuk universiti.Tapi komputer kenal lah..

tiba2 teringat zaman muda2 dulu… matila.. dah tua…!!! eh tua sangat ke aku.?

huhu…peringatan utk saya jugak!=)

aku mula kenal komputer zaman tukar2 disket yang besar tu untuk jalankan sistem dos. sapa yang tak tahu apa bendanya ni, mmglah generasi baru dalam IT.

Heheh, nampaknyer saya tergolong dalam Generasi lama IT la nih.. sempat gak merasa jalankan sistem DOS gune disket+skrin komp warne hijau cam matrix tuh..;)

Congratz to Labanon.. mmg kagum ngan dia nih. Kecik2 dah “nampak jalan” dah… jalan yang Lurus.. hehehe.

ps: saya rasa saya golongan yang kedua kot: Nakal–> Baik … agaknya lah… ๐Ÿ˜›

camna pulaye kalu tua dan tak berpengalam dlm it..

boleh survey usahawan it yang muda(di wangcyber, mungkin) dan ajak jv. jadik pengeluar modal pon dah kira ok. paling penting, selidik dulu bakal jv partner tu(selidik, bukan bertanya secara terus itu dan ini ๐Ÿ™‚ ).


Where's The Comment Form?

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: