Projek Mr. Aku

Posted on Oktober 13, 2006. Filed under: Domain Names, Projek Mr. Aku |

Alhamdulillah… dapat setel lagi satu masalah…

Thanks ali dan safwan yang mencadangkan affiliate tracking system… thanks juga yang lelain yang bagi input dan sokongan…


Safwan cadangkan JAM dari jrox.com, very professional, tapi too much untuk keperluan aku… aku rekemenkan kepada sesapa yang memang nak tumpu affiliate program… JAM ni bagus…

Ali cadangkan TigerTom.. sangat best dengan apa yang aku perlukan.. tapi ali, bleh check dianyer security ada bagus ke tak? apapun, aku tetap akan gunakan TigerTom nih.. bagus nih..

Sekarang ni tengah siapkan ebook2 yang tengah terbengkalai dan customize back-end system yang baru jer dapat nih..hmm… tenkiu sekali lagi, ali.

Ok.. ni aku masuk sikit bab dalam domain parking. Pasal domain tasting dan watchlist.

Just ntuk menghidupkan sedikit cahaya bagi anda, jangan putus asa jika domain yang anda usha telah dikebas orang. Mungkin domain tersebut adalah mangsa domain taster (tukang rasa domain) . Tahukah anda, domain yang anda fikirkan telah dikebas selama setahun sebenarnya mungkin dikebas selama 5 hari sahaja? Ini berlaku sebab ada domain registry yang buat keje menyeleweng ni! Sebagai registry, anda boleh mintak refund balik bagi domain-domain yang dibeli. Tempoh refund adalah lebih kurang 5 hari. Ini disebabkan registry berhadapan kemungkinan penipuan kad kredit. Sebab tu ICANN benarkan refund (in case registry tak dapat duit dari customer) Registry-registry yang menyeleweng ni mengambil loophole ni sebagai medan duit. bagaimana caranya? ??

Dengan Domain Parking!!

Katakan registry register 1000 domain, selama 5 hari mereka boleh parking dan dapatkan duit dari parking dan kemudian drop, dan register balik…. modal mereka hanya sekali! Drop dan register balik ni memang dilakukan oleh registry yang sama, terhadap domain-domain yang sama…

Itu satu sebab sahaja, satu lagi sebab adalah registry nak rasa, domain mana yang dapat traffic dari type-in.. bagi domain-domain yang macam ni, registry tak akan drop dah.. dia beli dan hold…

Sebenarnya, pengguna macam kita ni pon bleh buat macam tu.. tapi biarlah aku tak cakap dulu…

oh ya, apa kaitan watchlist dengan domain tasting?

anda kena cari software yang bleh buat satu senarai watchlist domain yang anda suka.. ini untuk memudahkan kita lawan registry2 melaun ni… watchlist berfungsi untuk tunggu domain yang kita dok usha menjadi available. Ada program watchlist yang bleh tolong orderkan terus untuk kita. dengan cara ni sahaja kita dapat beli domain yang menjadi mangsa domain taster.

Satu kebaikan fenomena ini: ia menjadi petanda domain tersebut sangat sesuai untuk parking. sebab itulah ia berulang kali menjadi mangsa rogol domain taster. Selamat berebut domain dengan registry!

Dalam dunia domain, wujud domain droplist macam yang ada kat blog aku ni… (blom tiba masanya ntuk bukak, sebab ada yang tak paham lagi konsep parking). Tujuannya adalah menyenaraikan domain yang pernah diregister dan didropkan kembali…
Rujukan tambahan: http://en.wikipedia.org/wiki/Domain_tasting

Advertisements

Make a Comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

6 Respons to “Projek Mr. Aku”

RSS Feed for Blog En. Aku Comments RSS Feed

huh.. guna nama betul aku jugak.. xpe, x kisah. bila nak lancar ni..

aiseh.. dah ada komen… post baru jer keluar oven.. hehehe..

memula tak nak guna, tapi memandangkan ko sendiri guna nama betul ko diblog ko.. rasa2, ok ler…

nama betul aku pun kadang2 jer keluar
kita ni macam artis juga

suka pakai nama glamer jer

Wujud jugak ye orang yang main test2 jek domain.. Ilmu baru.. Mekasih syeikh..

boleh main cabul-cabul pulak tu.. hehehe.. thanks

🙂 ini bukan sekadar teori..

sebab aku dah ada pengalaman tu 😛

memula usha domain dalam bahasa melayu jer.. alih2 esok tu dah kene reg dah.. registry belgium plak tu.. huh.. dah rasa pelik.. pastu surf net, jumpak la istilah domain taster/domain kitting ni…

sekarang domain yang kene kebas tu aku dah dapat… seperti yang aku kata, registry akan hold domain yang ada traffic, domain yang aku usha ni 0 traffic.. hahah


Where's The Comment Form?

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: