Kisah 2 Pemuda Kampung

Posted on Oktober 5, 2006. Filed under: Financial Literature |

#
Adaptasi dari cerita Robert T. Kiyosaki
#
Cerita yang ingin aku sampaikan adalah cerita semula menurut pemahaman aku. Ia bukanlah terjemahan terus daripada cerita Kiyosaki. Dan aku kurang pasti buku yang mana yang sedang aku cedok sekarang ini disebabkan aku bercerita langsung dari memoriku.

Ramai orang gagal memahami satu perkara paling penting dalam hidup. Dalam Islam, matlamat hidup adalah menuntut redha Ilahi dan mendambakan syurga walau serendah manapun pangkat syurga tersebut. Hatta tatkala Nabi bersabda tentang seorang manusia terakhir yang masuk ke syurga, para sahabat mengharapkan merekalah manusia tersebut dek kerana takut untuk berada terus di neraka, dan betapa dambanya mereka pada syurga, dan betapa merasa tidak cukupnya amalan mereka.

Berbalik kepada perkara penting dalam hidup, hendaklah ia berada pada jalan menuju matlamat. Matlamat kita adalah redha Tuhan sekalian alam. Matlamatnya satu Jalannya pula berbeda-beda.
Antara kita memilih untuk menjadi usahawan sebagai jalan hidup menuju redha Ilahi. Tetapi mereka pula lupa perkara penting pada jalan itu. Perkara penting tentangnya adalah perancangan yang betul.

Di sinilah aku nak ceritakan tentang perancangan yang betul. Dengan perancangan, membezakan dua manusia. Sungguh benar, amatlah berbeza mereka yang berfikir berbanding mereka yang tidak berfikir.

Bermula kisah…

Suatu kampung dilanda masalah kekurangan bekalan air. Maka berkumpullah sekalian warga kampung membincangkan jalan penyelesaian. Maka hadirlah 2 pemuda dengan jalan penyelesaian tersendiri. Penduduk kampung menyerahkan tanggungjawab kepada mereka.

Pemuda pertama dengan serta merta membelanjakan sejumlah wang untuk membeli pengangkutan untuk membawa air dari beberapa kampung yang berjiran. Setiap pagi, berduyun-duyun penduduk berbaris mendapatkan air dari lori yang membekalkan air. Pemuda pertama mengenakan bayaran setiap pagi. Gembiralah beliau membantu penduduk kampung sambil mendapat faedah kepada diri sendiri.

Pemuda kedua pula tidak ke mana-mana. Hanya berada terperuk di dalam rumahnya.

Semakin hari, penduduk semakin memerlukan lebih bekalan air, ini memaksa pemuda pertama menambah waktu bekalan iaitu pada sebelah petang pula. Ini tidak menjadi masalah kepada pemuda pertama kerana penduduk terpaksa juga membayar untuk bekalan pada sebelah petang tersebut.

Masalah lain timbul iaitu, ada penduduk yang sudah habis menggunakan bekalan sebelum bekalan pada waktu petang tiba. Selain itu, ada penduduk yang merungut air tidak bersih, penat untuk mengangkut air, sentiasa risau bekalan air akan kehabisan dan juga kadang-kadang kelewatan lori pembekal air tiba.

Suatu hari, pemuda kedua datang bersama beberapa orang, mengarahkan sesuatu dan dalam masa sehari, setiap rumah penduduk kampung tersebut disalurkan dengan paip yang saling bersambungan. Paip-paip ini disalurkan dari beberapa tadahan air yang sangat besar dari beberapa kawasan terdekat. Penduduk dikenakan bayar berdasarkan penggunaan air pada takat-takat tertentu, air ditapis sebelum disalurkan kepada penduduk, setiap masa penduduk mendapat bekalan, dan tidak perlu lagi untuk beratur bagi mendapatkan air.

Nah inilah bezanya mereka yang berfikir dan tidak berfikir (dalam konteks ini, berfikir dengan lebih mendalam)

Apakah kaitannya post kali ni dengan Financial Literature?
Aku ingin membawa anda semua agar kita sama-sama merancang cashflow kita. Tak ada guna anda memilih apa jalan sekalipun, anda memerlukan perancangan. Perancangan bagi mereka yang menjadi usahawan adalah merancang cashflow. Daripada perancangan ini, anda dapat:

  • merancang menambahkan income
  • merancang mengurangkan expense
  • merancang menambahkan asset
  • merancang mengurangkan liability

Daripada  beberapa perancangan di atas, anda sudah semestinya memerlukan perancangan susulan. Jika anda gagal merancang cashflow, lupakan saja. Anda ibarat pemuda  pertama, sentiasa perlu ‘menampal’ mana yang ‘bocor’.  Sentiasa perlu menambah, mana yang kurang.. oh.. sampai bila anda nak capai financial freedom?

Advertisements

Make a Comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

12 Respons to “Kisah 2 Pemuda Kampung”

RSS Feed for Blog En. Aku Comments RSS Feed

syok citer hg..heheheheeheh
nak balik dah…tata..

citer-citer dah nak ngantuk dah… 🙂 buka pose lama lagi…

p/slets exchange link, added yours

time kasih.. sudi jugak lawat blog aku. saja aku biar post yang default tu..

rasanya pernah baca ttg citer ni, tak pasti tajuk, pipeline apa tah..

cemane la bole terpikir contoh ni ye..
en. aku ni dari mana asal nama nye..
encik aku ke.. enaku ke.. ena ku? (sape la ena tu)

Wah.. malam esok citer lain pulak ekk en.aku 😉 cun penuh pengajaran chow~

Assalamualaikum.

sampai situ jek ke citer ni?
finishing cam ne? apa jadi ngan pemuda pertama?
apa jadi ngan pemuda kedua?
wah..macam baca novel la pulak..hehe
jangan marah..
yang penting amik pengajaran dari citer tu..
kan?

jangan lupa malam ni tengok Seputeh Qaseh Ramadan.
Cun gak Eja dalam citer tu.

Wassalam.

kesudahannya, pemuda pertama lost customer, diamik alih oleh pemuda kedua yang lebih mendalam sikit perancangan dia…
saf, en. aku la.. mana ada ena ka apa ka.. awek aku bukan ena tapi ila.. heheheh.. cakap terang tang tang…
nanti sambung.. line nak kene potong jap…

sambungan, dari rumah:
nama aku tu aku guna masa join putera.com, sampai sekarang lekat..
seperti diberitahu, cerita tu olahan cerita R. Kiyosaki.

last: tq sume… i evalute my blog depends on comments.. tq again. 😀

Cerita yang menarik.. Memang dari Robert Kiyosaki tapi diberi nafas baru oleh En Aku.. Makin lazat ceritanya.. 🙂

Ha.. tu dia.. pemilik almari buku kompemkan itu cerita dalam buku Kiyosaki.
(amacam ngan penggunaan nama mamat hartanah ni? ada chance tak blog aku nanti dipaparkan bila keyword nama dia digunapakai kat pokcik g**gle?)

–edited–
hmm.. dah check, susah nak lawan kat google search…

aah…lebih kurang cam pipeline..tapi versi yg berbeda..

best ar citer ni


Where's The Comment Form?

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: