Salam Ramadhan

Posted on September 23, 2006. Filed under: Meraikan Hari |

Alhamdulillah, merasa lagi kedatangan Ramadhan…

Bila terkenangkan kawan yang kemalangan beberapa minggu lepas, rasa nikmat hidup ni perlu SANGAT disyukuri. Kawanku baru tidak sampai setahun melangsungkan perkahwinan. Belumpun sempat beraya sebagai suami isteri dengan pasangannya. Masih belum sempat merasai suasana Ramadhan di bawah satu bumbung dengan yang dikasihi. Mengenangkan balu beliau yang sedang berisi hampir 3 bulan, hatiku bertambah pilu. Doaku agar Allah menaungi perjalanan hidup wanita muda itu. Agar renggut hati dipisahkan dengan suami tersayang dibalas Allah penuh kerahmatanNYA. Aku mengajak pembaca menghadiahkan Al-Fatihah kepada arwah. AL-FATIHAH.

Di sini juga aku ingin mengajak semua yang membaca supaya kita sama-sama menegur sesiapa yang tidak menulis nama Allah dengan awalan huruf besar. Mungkin bagi sesetengah orang, ia adalah perkara kecil. Kata mereka, bahasa Arab juga tidak menggunakan Allah dengan sekurang-kurangnya huruf besar di depan. Tetapi mereka perlu ingat, kita menulis di dalam rumi. Kita meletakkan nama-nama khas dengan title case. Susah sangatkah mengagungkan ALLAH di dalam tulisan?
Ini aku syorkan:
ALLAH
Allah
NYA
Nya
InsyaALLAH
Insya-Allah
Tuhan
TUHAN

Apa kaitan post di atas dengan bulan Ramadhan? 🙂 kaitannya, di dalam kesibukan kita mencari sebuah ketidaksibukan, inilah antara masa yang sesuai kita berhenti sejenak, luruskan matlamat, perbaiki diri dan muhasabah.
Semoga Ramadhan kali ini adalah lebih baik daripada Ramadhan kita pada masa lalu. Andai anda kecundang dalam perjalanan mencari sebuah kebebasan daripada keduniaan ini, ketahuilah, innaALLAHa ma’ana (sesungguhnya ALLAH bersama kita)
Sujud kepadaNYA hanyalah satu langkah sahaja lagi dalam setiap ketika.

Selamat Menghayati Ramadhan dari aku, Muhammad Iyas Ilias.

Advertisements

Make a Comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

6 Respons to “Salam Ramadhan”

RSS Feed for Blog En. Aku Comments RSS Feed

The holy month of Ramadan
For all Muslims has begun.
Praising Allah through the day,
From dawn to dusk we fast and pray.
We pay zakah (charity) for those in need,
Trying hard to do good deeds.

When the sun has set, and day is done-
I’ll break this chain, but only one.
By the end of Ramadan,
It’s time for Eid and lots of fun!!!

Slamat Myambut Ramadhan & Take Care

Betul tu dari penulisan kita dapat tengok personalitinya.

selamat menyambut ramadan kepada semua muslimin dan muslimat

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.

Al-fatihah kepada kawan saudara.

Selamat Menyambut Ramadhan juga. Semoga yg telah pergi dicucuri rahmat hendaknya. amin

ku ingin ucapkan SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA..SEMOGA KITA DIBERKATI OLEHNYA..AAAMMMMIIINNN…
SALAM UNTUK WARGA KOL..


Where's The Comment Form?

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: