Kenapa anda perlu MAKAN GAJI?

Posted on September 18, 2006. Filed under: Business, Employment |

———————————————————————————–
Post ini sebagai menunaikan janji aku kepada sorang netpal nak cerita kelebihan MAKAN GAJI. Disamping itu, aku masih dalam proses menyiapkan tutorial Domain Names. Baru ku tahu betapa susahnya nak buat tutorial. Kudos to All of Tutorial Makers!

———————————————————————————–
Ok, mat despatch makan gaji tak? kerani cabuk? kakitangan awam?
Dalam banyak-banyak orang yang MAKAN GAJI, kakitangan awam is the champion. They have benefit, they have too many rest hours, ada elaun itu elaun ini, ada kelebihan kat spital dan memacam lagi.

Tetapi kelebihan-kelebihan ini boleh dikecap oleh orang-orang kaya juga. Ketahuilah, dengan MAKAN GAJI sahaja, anda tidak akan kaya.

Jadi apakah Kelebihan Makan Gaji yang cuba aku ceritakan?
Kelebihannya, ANDA KAYA MASA. (bukan semua kes)

Anda hanya bekerja 8.00 – 5.00, mungkin ada yang bekerja 8.30 – 5.30, aku pula 9.00 – 5.00 dengan waktu rehat pukul 11 (15 minit) dan 1 tghhari (1 jam) – Cuti 2 hari seminggu, kalau anda seorang guru dan tak perlu pergi kursus, MASA TERLUANG ANDA SANGAT BANYAK (perlukan huruf besar dan bold untuk menekankan ayat ni 🙂 )

Maka inilah yang aku cuba sampaikan, ANDA KAYA MASA. Anda tidak perlukan wang untuk kaya, dengan masa yang telah anda kuasai ini, apa kata aku cadangkan kepada anda supaya berkecimpung dalam dunia business secara sambilan. MODAL ANDA adalah MASA TERLUANG anda.

Mungkin boleh mula waktu 9.00 malam – 10.00 malam sahaja, waktu cuti 2 hari digunakan sehari untuk berbusiness, terpulang kepada kekreativitian anda.

Makan Gaji sesuai untuk orang yang:

  1. Tidak yakin lagi untuk berbusiness secara total
  2. Tidak berani tanggung risiko gagal berbusiness
  3. Suka lepak-lepak macam aku
  4. Masih berusaha memantapkan ilmu business (very good)
  5. Lain-lain yang anda boleh fikirkan tentang diri anda

Tahukah anda?
Anda perlu makan gaji KERANA businessman juga perlukan anda untuk melakukan kerja mereka! Tidak ada orang kaya yang tidak menggaji orang. You are their arms and legs. Ya betul, anda tradekan kekayaan yang sepatutnya anda miliki dengan kesenangan-kesenangan yang anda idamkan. It’s a fair world. Tuhanku tidak pernah tidak adil.

Falsafah orang makan gaji: Cukuplah duit untuk kesenangan hidup keluargaku
Falsafah orang kaya: Duit yang ada boleh membantu meningkatkan peluang kerja

Sebab itulah aku berada diantara keduanya, tidak mahu kaya sangat sebab tidak yakin dengan kemampuan diri (sifat negatif aku), dan aku cuma inginkan sedikit ketenangan dalam hidup, tidak mahu dibelenggu dengan masalah kewangan. Financial Freedom yang aku dambakan.

Ok, berbalik kepada ANDA, pemakan gaji! Jika anda tidak melakukan business sampingan, anda mensia-siakan modal MASA TERLUANG yang ada pada anda.

Setuju? Tak puas hati? Ada cadangan? Tolong komen skeeettt… 😉

Advertisements

Make a Comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

7 Respons to “Kenapa anda perlu MAKAN GAJI?”

RSS Feed for Blog En. Aku Comments RSS Feed

Makan gaji ni senang, tak yah fikir benda lain cuma kerja yang telah ditentukan oleh boss.
Cukup bulan berbaris dan cucuk kad. Lepas tu agihkan duit gaji pada bank2 lain dan kawan kita (orang yang bagi hutang kat kita).
Kita cuma tengok nombor kad slip gaji jer 🙂

sebab tu kene tukar mentaliti, bayar kepada diri sendiri dulu @ beli saham ke apa(read: asset) ke dulu.. hutang tangguh2 sket 😛

Saya pun pemakan gaji gak, tapi asyik diperambat oleh masa, busy memanjang…duit yang masuk tak pulak busy 🙂 Hehe, sebab tulah nak berbisnes 😉

Emm saya mmg tak suka makan gaji, ni pun tgh suffer sbb makan gaji, bukn apa, asyik kena arah je..sibuk 24 jam juga. tak kaya masa juga. Gomen mmg kaya masa itu tak dapat dinafikan. Itulah kelebihan sesiapa yg keje ngan gomen

Pengalaman aku yang baru 2 tempat makan gaji..terpulang kepada jenis kerja ngan kompeni tempat makan gaji. Dulu aku keje maintenance memang kaya masa. Semua kerja ikut jadual canteekk jek. Tapi bile involve project ngan customer support..buat business lagi kaya masa.

tak salah makan gaji. mungkin untuk menimba pengalaman, mencari modal dan keyakinan diri sebelum berdikari.

Tetapi, takkan nak makan gaji selamanya? Saya dulu pun kerja makan gaji jugak. Tapi lepas 10 tahun, bila modal dah ada, pengalaman dah dapat dan dah yakin, baru bukak bisnes. Hasilnya… lumayan pak..

ya.. sangat setuju.


Where's The Comment Form?

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: