Asset And Liability

Posted on September 10, 2006. Filed under: Financial Literature |

—————————————————————————-
Nota pendek: aku memilih untuk makan gaji atas banyak faktor, di sini aku nyatakan satu lagi faktor: untuk bekerja dan melaksanakan kerja dalam waktu kerja biasa seperti 8.00pagi – 5.00petang, Ahad – Khamis atau seumpamanya supaya aku KAYA dari segi MASA. Nampaknya aku didesak kepada sesuatu yang diluar perancangan aku. Sesuatu harus dilakukan!
—————————————————————————–

Ok… penat tak habis lagi. Demi melihat blog ini meriah dengan post-post aku, aku menulis lagi. Sesuatu untuk dikongsi bersama.

Makna asset: http://www.thefreedictionary.com/dict.asp?Word=asset
Makna liability: http://www.thefreedictionary.com/dict.asp?Word=liability

Ok.. abaikan di atas jika anda seperti aku, berfikir secara simple 🙂


Asset dan Liability? Apa tu? Ok, macam ni. Fikir mudah.

KATAKAN TIDAK KEPADA LIABILITY!!!
KATAKAN NAK KEPADA ASSET!!!

Ok. Get the point. ‘Wirid’ tiga (3) kali sehari diwaktu bangun pagi selepas doa bangun tidur:

” Mesti perbanyakkan aset. ” 😉
Untuk menceritakan kepentingan aset, penolakkan terhadap liability dan bagaimana semua ini menjadi munasabah dengan cash flow yang pernah kita bincangkan, sila ambil perhatian secara extreme terhadap penulisan aku dibawah ni.

Aku selitkan contoh mudah. Dari situ, anda bleh cuba imaginekan kepada yang lebih complicated.

  1. Ingat kembali, Cash flow = duit dapat – duit pakai
  2. Untuk mendapatkan duit dapat (income), anda berhutang RM100, dengan syarat membayar balik RM1/sehari untuk membeli satu tapak letak kereta di pusat membeli belah yang femes (famous), dimana tapak tersebut disewakan kepada pengunjung pusat tersebut dengan bayaran RM1/jam dimana waktu operasi adalah selama 5jam/hari.
  3. Sila pahamkan situasi pada no. 2 dengan sebetul-betul pemahaman, buat lakaran jika perlu. Sediakan kertas dan pen. anda akan memerlukan pengiraan untuk membantu pemahaman. gagal berbuat demikian, jangan salahkan aku, jika anda tidak dapat menerima input yang aku kemukakan. 😀
  4. Aset anda adalah TAPAK LETAK KERETA dengan harga RM100
  5. Duit dapat anda adalah RM1/jam x 5jam/hari = RM5/hari
  6. Duit pakai anda adalah RM1/hari
  7. Cash Flow anda adalah RM5/hari – RM1/hari = RM4/hari
  8. Liability anda adalah HUTANG RM100 anda.
  9. Dalam masa 100 hari – Liability anda = 0
  10. Dalam masa 100 hari – Anda memiliki aset tanpa perlu mengeluarkan lagi ‘duit pakai’.
  11. Bermakna, duit dapat anda bermula hari ke 101: RM5/hari
  12. Tapak letak kereta adalah aset kerana anda boleh menjual kembali pada harga yang lebih tinggi kerana ia sesuatu yang menguntungkan.
  13. Sekarang anda paham apa itu liability dan asset? Jika masih tidak faham,
    1. liability adalah tanggungan dan beban kepada anda selagi mana anda tidak langsaikan,
    2. manakala asset adalah sesuatu yang perlu anda dapatkan walaupun terpaksa mengambil liability dalam tempoh tertentu (dalam kes ni, tempoh = 100 hari)
  14. Dengan cara mengumpul asset, barulah anda mempunyai passive income. Perbanyakkan asset, perbanyakkan passive income!
  15. Dalam Money Isn’t Everything, It IS Something – Duit bekerja yang dimaksudkan adalah RM100 yang dihutang tersebut.

Oleh itu, ketahuilah saudara-saudaraku sekalian, kenyataan

[quote]
KATAKAN TIDAK KEPADA LIABILITY!!!
KATAKAN NAK KEPADA ASSET!!!
[/quote]
kurang tepat. should be:

[quote]
KATAKAN TIDAK KEPADA LIABILITY!!! BAD LIABILITY!!!
KATAKAN NAK KEPADA ASSET!!!
[/quote]

BAD liability: Hutang dan bebanan kewangan yang ditanggung untuk beli kereta, sofa dan apa-apa sahaja yang tidak menambahkan peluang passive income!
GOOD liability: Bebanan sementara bagi mendapatkan asset dan menjana wang passive income!

Hutang pinjaman pelajaran adalah good liability kerana ia digunakan untuk mendapatkan asset ‘pelajaran tinggi’ anda. Jadi, gunakan asset anda pada tempat sepatutnya!

Huh.. lepas stress keje sket.. 🙂 ada sesapa paham tak post aku kali ni? ada apa-apa soalan? tak paham, tak percaya? kemukakan… calo…

P.S: sekarang anda dah tau betapa kuatnya pengaruh Kiyosaki terhadap aku.. huhuhu 😛

Advertisements

Make a Comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: