Rule #1: Be A Muslim

Posted on September 6, 2006. Filed under: Art of Decision Making |

Sebelum ini aku menyentuh dalam bahagian Financial Literature, betapa ahli professional pon tewas jika tidak ‘pandai kewangan’. Bagaimana jika kita telah master dengan semua selok belok kewangan? Kemungkinan kita akan beroleh kebebasan kewangan adalah 99%. (anggaran aku sahaja, tiada fakta sokongan :P). Tetapi terkadang kita memerlukan kebolehan membuat keputusan jika sesuatu yang hendak dipertimbangkan adalah positif dari sudut financial literature. Contohnya, adakah HYIP itu bagus? Tidak dinafikan, HYIP (High Yields Investment Program) menjanjikan keuntungan yang tetap, dimana dari sudut penilaian kewangan, ia adalah suatu yang positif. Jika merujuk kepada post Cash Flow aku, investment anda di dalam HYIP boleh dimasukkan di bahagian ‘Duit Dapat’. Sesuatu yang bagus untuk menaikkan cash flow anda, bukan? Tetapi ada sesuatu yang tidak kena dengan HYIP dari sudut Art of Decision Making: Rule #1.

Jadi, post kali ni dan di bahagian ini, Art of Decision Making, aku akan berkongsi buah fikiran aku berkenaan KEBOLEHAN MEMBUAT KEPUTUSAN.

Rule #1: Be A Muslim


Untuk mengajarkan Islam dengan sepenuhnya disini agak mustahil bagi aku yang kurang sempurna ini. Jadi, biarlah aku terangkan secara ringkas. Kajian lanjut terletak dibahu anda yang ingin berjaya.

Islam mengajar kita kepada menjaga kebajikan masyarakat. Islam mengajar kita kepada mengatakan tidak kepada riba. Islam mengajar kita kepada pentingnya menitik beratkan soal halal dan haram.

Aku adalah seorang yang agak aktif di wangcyber.com, jadi penulisan kali ini agak berkait dengan ketidakpuasan hati aku terhadap beberapa ekor ‘lalat’ yang mempertahankan sesuatu yang pada aku adalah salah.

Untuk mengikuti RULE No. 1 ini, anda perlu tegas bahawa:

  • MEMBUAT KEPUTUSAN TERHADAP SUATU PELABURAN: Anda menerima/bersetuju dengan sesuatu bukan kerana anda tidak pasti Islam tidak benarkan, tetapi anda HANYA akan menerima/bersetuju dengan sesuatu SETELAH PASTI Islam benarkan. (Jadi tidak timbul, kena siasat dulu baru berhenti, sepatutnya, jika tidak pasti, jangan lakukan, klik link untuk paham ๐Ÿ˜‰ )
  • MEMBUAT KEPUTUSAN SEBELUM MENJUAL BARANG: Jika menjual barangan, fikirkan adakah anda mengambil kesempatan atas kekurangan orang lain ATAU anda menyediakan bantuan atas kekurangan orang lain.
  • MEMBUAT KEPUTUSAN UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN BAGI PIHAK ORANG LAIN: Pastikan keputusan yang dibuat adalah yang terbaik dari anda kerana ia adalah amanah.
  • The list goes on like this -> MEMBUAT KEPUTUSAN TERHADAP x : PANDANGAN Islam terhadap x

Inilah yang aku bentangkan di sini: Seni Membuat Keputusan: Peraturan Nombor Satu: Jadi Seorang Islam, bermakna setiap keputusan yang dibuat selari dengan pandangan Islam.

Oleh itu, adakah HYIP itu bagus?

Sila-silalah jawab… ๐Ÿ™‚

P.S : Sebenarnya contoh HYIP ini tidak kukuh, dan sebenar-benarnya lagi, HYIP dari sudut financial literature pon sudah dianggap tidak bagus.. cuma subjek yang sepatutnya aku tulis, aku tak tulis lagi, jadi kita anggap HYIP dari segi financial literature adalah ok, tetapi dari pandangan seni membuat keputusan, ia gagal di peraturan no. 1. calo…

Advertisements

Make a Comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

5 Respons to “Rule #1: Be A Muslim”

RSS Feed for Blog En. Aku Comments RSS Feed

Bagus2.. Aku teramatlah setuju dengan skill membuat keputusan ko tuh.

Pasal HYIP, dari segi hukum aku tak nak komen. Dalam pelaburan, aku ada stage2 aku sendirik. First aku tanya Ayah aku, bile dia kata “NO” aku terus tak proceed. Kalo dia kata, terpulang baru aku kaji.

HYIP – Ayah aku kata ‘NO’
ASB – Ayah aku simpan gak, tapi hasil kajian aku sendirik, aku tak invest.
Futures – Ayah aku tak main sebab risiko, die kata kaji sendirik. Aku tgh kaji lagi. Kalo ada sesape ada rujukan, amat hargai kalo bleh emel aku: ahmadfuad.ibrahim@gmail.com

En Aku: Sorry comment panjang2. Kate orang kalo ada peluang gunekan sebaik mungkin.. heheh.. Apapon.. post yang sgt hebat.. I admire you.. ๐Ÿ™‚

huih..tak de apanye nak diadmire.. dan aku tak kisah orang komen panjang-panjang ๐Ÿ™‚

Saya tak nak kata hyip tu bagus, dan memang diakui hyip ni slalu dpt nama buruk kerana kebanyakannya adalah scam kerana selalunya ianya berasaskan game dan piramid.

Tapi dalam banyak2 tu mungkin juga boleh dapat hyip yang ok.

Tapi dari segi agama den tak reti nak komen sangat. Sebab tak faham apa yang haram ttgnya. Mungkin en aku boleh cerita skit ๐Ÿ˜‰

Bagaimana pula dengan lyip? Ok tak?

lyip, low yield investment program ke? heheh.. any good investor nakkan high yield.

yang dipersoal disini adalah jaminan keuntungan tetap. kalau namanya HYIP dan keuntungan pelaburan tidak tetap, that’s ok.

kita melabur, bukan memakan riba.

kalau tidak tetap dan bergantung nasib, jadi judi plak. nop, jadik judi hanya bila kita melabur seperti penjudi. penjudi hanya membuang duit dan mengharapkan nasib. kita pula melabur kerana yakin dengan potensi syarikat yang sahamnya kita beli.

Jadi, program HYI tu, kita tahu tak dimana dia melabur? Oh, kalau tidak tahu, sama macam unit trust ASB, kan? nop.. ASB kalau tak silap saya menjamin untuk melabur di syarikat2 yang disahkan urusniaganya halal, proram HYI yang kita join tu, jamin ke tak?

๐Ÿ™‚

Oh camtu, tapi sy ada pernah dengar orang cakap ttg keuntungan yg fixed ni. Tapi sy juga pernah diberitahu ada sistem perbankan Islam negara yang memberi keuntungan tetap juga. ?

Mungkin ada sebab lain yang mengharamkan hyip?

Kalau mengenai apa yang dilaburkan oleh program hyip itu mungkin kita blh baca kat web hyip tu sendiri. Kalau meragukan tak payah join.

ps: den bukan gila hyip ya ๐Ÿ˜›


Where's The Comment Form?

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: