About
Nama saya, aku. Percaya ke? Hehehe..
Nanti aa aku story panjang lebar… nak tido dulu.. calo..
—————- sambungan —————————
Oklah.. tak perlulah aku perkenalkan nama aku.. korang boleh whois, nama aku ada pada ‘Tech Name’.
Sejak sekolah rendah, komputer adalah sesuatu yang aku minati, selain bermain catur.
Sewaktu Tingkatan 1, aku sanggup ambil kelas komputer semata-mata untuk bermain komputer! Rumah aku tiada komputer masa tu. Majalah PC pun aku beli, walaupon hakikatnya, aku memang tiada komputer!
Aku adalah seorang yang percaya kepada perancangan, dan SANGAT percaya kepada takdir. UPSR, 3A 1B, PMR 7A 2B, SPM Pangkat 1 yang nak ke 2
Matrik, pertengahan antara 2 dan 3 point, Bacelor Sains Komputer, Second Class Upper. Aku percaya semua yang aku dapat ni adalah perancangan dan takdir. Kalau nak cerita pasal perancangan dan takdir, adalah diluar skop About page aku ni, kan? jadi aku biarkan disitu saja, ok.
Dan aku percaya aku di sini atas takdir yang Allah tentukan buat aku. Sejak bergelar graduan secara rasmi pada 25 September 2005, baru sekali ini aku mempunyai pekerjaan. Itupun atas belas ihsan rakan baik abang aku. Sebab tu aku tak mahu berhenti kerja. Gaji yang aku terima adalah 50% kurang berbanding kawan-kawan aku. Aku tak kisah. Aku cuma berharap diberi peluang untuk sama-sama membangunkan syarikat kawan abang aku (walaupun aku yakin, mereka boleh berjaya tanpa aku pun) , dan aku berharap mereka tidak putus harapan kepada aku.
Satu lagi sebab utama aku bekerja adalah kerana tidak tahan dengan harapan orang-orang terdekat aku yang inginkan aku bekerja. Lagi pula, aku belum berjaya membentuk diri sebagai seorang usahawan sejati.
Jadi inilah aku, siang sebagai pekerja, malam sebagai usahawan internet.
Aku belum berjaya. Pengalaman yang akan aku kongsi adalah pengalaman sebagai seorang yang sedang berusaha untuk berjaya. Dengan harapan, ada diantara pembaca di blog ini yang akan sedar bahawa mereka tidak keseorangan. Sekurang-kurangnya ada 1 orang seperti mereka iaitu aku.
Apa lagi yang korang nak tahu pasal aku? Oh..
Aku awal 20-an, single but not available. Sedang kumpul duit ntuk kawen.. yea.. nak malu apa cakap, kan?
Hmm.. rasa cam dah cukup mengenai aku.. kalo korang ada apa-apa nak tanya, sila-silakanlah.. ok.. calo..



ha ha ok la ni saya pun mula tak de bakat menulis blog tapi skrg dah ok kalo tak mula cam ner nak tahu kita ni boleh menulis hii hii saya tak sabar nak tgk apa yang ‘aku’ nak kongsikan…selamat berjaya
tazamfn
September 3, 2006
huhuhu.. ko komen kat about page.. patut ler aku cari kat muka depan tak de
aku
September 3, 2006
en.aku.. en.aku set apa ye nameserver utk wordpress.com ni? saya dah beli domain tapi rasa nak host kat sini je. ke en. aku guna domain forwarding?
Jawapan En. Aku: Saya buat domain forwarding je, kurang periksa plak kalau wordpress.com benarkan set nameserver dia. Kalau leh set nameserver, saya pon nak set, rasa syok sket.. hehehe…
wahida
September 18, 2006
apa kelebihan set nameserver vs domain forwarding? nameserver best pasal semua page boleh guna enaku.com/aaaa/blabla.htm instead of domain forwarding yg boleh guna kat 1st page ke? sori ye banyak tanya. marah tak en. aku? kalau marah pas ni saya tanya soklan lain ye.. hehe.. gurau je..
wahida
September 19, 2006
marah nak buat pe? aku kalo tak paham pon tanya orang gak.
kelebihan yang aku nampak adalah sama cam ko nampak.. hakhak..
tak best aa, memula orang taip http://enaku.com , alih-alih sume page start ngan http://enaku.WORDPRESS.com , rasa2 cam bleh efek dari segi ranking kat search engine.. rasa2 jer la..
aku
September 19, 2006
sains komputer?erm..uitm ka dulu?
Bat
September 27, 2006
UPM
ko uitm mane?
aku
September 27, 2006
oo budak UPM ya… weh aku senior ko .. wakkaka gaban..
gred th 2000
hardyweb
September 30, 2006
pehh.. bapak punya senior.. taun 2000 gua baru amik SPM da.. huhuhu.. eh.. ko dah masuk 30 ek..
aku
September 30, 2006
ehh muda lagi ma.. aku buat dip jah ( 2 taun )
hardyweb
Oktober 3, 2006
As’kum..
Salam berkenalan..smart gak blog nie.Ada aura Mawi sikit.Good luck buat anda!
Imo Imora
Oktober 6, 2006
askm ….cool jer blog ni..menarik…teruskan.En.aku semoga aku.kau,dia dan mereka dapat sedikit sebanyak manfaatnye….8)
mizi aka kromosom
Oktober 19, 2006
uitm arau..sori lambat..apa2 pun selamat hari raya..
Bat
Oktober 22, 2006
Selamat Hari Raya Aidilfitri semua!!!
aku
Oktober 23, 2006
Selamat Hari Raya Aidilfitri!
aciq
Oktober 24, 2006
anak sapa ni hah…cam kenal
anas
November 1, 2006
hehehe.. cam kenal..
Selamat Hari Raya En. Anas.
aku
November 1, 2006
eh encik aku, ko orang alor star eh? duduk Lorong Maktab, Simpang Kuala? dekat maktab mahmud?
dekat gila dgn kampong arwah tok aku – lorong maktab jugak. rumah color merah paling hujung tu. heheh
ko dulu skolah sg korok baru ke?
shahnon
Januari 14, 2007
ohya kalau bole reply kat blog aku la eh (bole delete msg ni)
shahnon
Januari 14, 2007