Perutusan Sedih Hari Raya…
#
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada pengunjung blog aku
#
Apa yang ingin aku sampaikan bukanlah berlaku pada hari ini diwaktu kita sedang bersedia menyambut Aidilfitri. Tetapi ini adalah perutusan hati aku kerana sedih mendengar berita pemergian seseorang yang hanya aku kenal namanya, dan sudah pergi meninggalkan kita, lama dulu… dalam tahun 2004, mungkin.
Beliau adalah cik Nora Ismail, forumer Mesra.net. Thread yang aku lawat adalah: http://www.mesra.net/forum/index.php?s=0357ca18a247c58ef707ff06dc9c15ed&act=ST&f=6&t=21034&st=195
Aku berkunjung ke sana kerana ingin mendalami stock know-how setelah direkemen oleh Fuad dalam Page Sumber Rujukan beliau.
Sungguh, dengan membaca di thread tersebut, gambaran stock makin jelas dikepala aku.. selama membaca thread tu, aku tak habis2 mengagumi manusia yang bernama Nora ni. sehinggalah aku tiba ke page-page penghujung di mana aku dikejutkan dengan berita pemergian beliau.
Sungguh singkat aku mengenalimu melalui penulisanmu. Namun, jasamu terhadap pertambahan ilmuku sangat2lah berharga. Demi menyambut Syawal yang bakal tiba, aku mendoakan dikau agar ditempatkan oleh ALLAH di dalam syurga idaman kita semua. Ilmumu adalah saham akhirat. Kau tidak pernah akan rugi dengannya, insyaALLAH.
Sesiapa yang sudi, sedekahkanlah jua al-Fatihah kepada arwah.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, bersyukurlah kita kerana masih hidup untuk mensyukuri nikmat syukur kita.



Innalillahiwainnailaihiraji’un…
soulof99
Oktober 24, 2006
Al-Fatihah…
aciq
Oktober 24, 2006
tumpang sedih skali…
aman
Oktober 25, 2006
semoga rohnya dicucuri rahmat. ameen..
muhdfuad
Oktober 28, 2006
Al-fatihah
cikguonline
Oktober 28, 2006
Al-Fatihah semoga rohnya dicucuri rahmat
Labanon
Oktober 28, 2006
al fatihah…
starstreet
Oktober 30, 2006
Al-Fatihah. Aku jugak terkilan bila tahu arwah dah pergi.. Bila baca thread tu.. Memang rasa pemurah sgt dia dgn ilmu… Semoga ramai lagi insan sepertinya menabur bakti pada anak bangsa dan umat manusia amnya…
Fuad
November 1, 2006