Domain Parking dan Saham
#
Ucapan terima kasih didahulukan kepada en. Fuad kerana tolong analysis satu saham untuk aku. Klik sini.
#
Apakah persamaan Domain Parking dan Saham?
Bagi aku, domain parking sama seperti saham dimana ia adalah suatu pelaburan.
Sebenarnya domain parking lebih mirip kepada hartanah. Untuk entry kali ni, biar aku cakap pasal persamaan dengan saham dulu.
Memandangkan kedua-duanya adalah pelaburan, maka perkara paling wajib bagi pelaburan adalah melakukan analysis.
Bagi saham, terdapat fundamental dan technical analysis. (kategori dipecahkan mengikut cara analysis dilakukan)
Bagi domain parking, beberapa analysis dilakukan mengikut ciri yang ingin dianalysis. Ciri-ciri tersebut adalah:
- Type-in
- Typo
- Search Engine Result
- Droplisted domain
Ok.. nanti aku akan detailkan yang ni…
aku ada satu gambar nak tunjuk.. lepas abis waktu keje nanti aku taruk sini.. mungkin dengan gambar tu, yang pening dan tak paham akan kurang pening dan bertambah paham ![]()
TUNGGUUUuuuUUUuuuuu…………
//edited – gambar yang dijanjikan
klik untuk besarkan



Ada satu pertanyaan tentang harga domain name yang aku letak kat sedo.com Aku letak harga USD3000.(beli dengan harga RM18.75)
Tak tau lah dia minat atau tak.
terima kasih kerana ajar tentang sedo ni. Pelaburan yang memerlukan kesabaran.
BAGAK
Oktober 9, 2006
siapa yang minat?
alah.. aku bukan ajar pon.. just mention pasal sedo jer… ni satu lagi tempat ntuk jual: http://www.afternic.com
kalau nama cun, tak salah kalau letak USD3000.
masuk sini untuk nilai domain DIY:
http://www.swiftappraisal.com/
kalo nak penilaian dari pro.. mahal ler…
kalau bab jual ni, aku tak pernah jual… tapi nasihat aku, pakai escrow la.. selamat sikit…
aku
Oktober 9, 2006
dia baru balas tadi
antara soalannya
1. Do you have an appraisal certificate for your domain name?
apa benda certificate ni?
ini antara yang dia tulis:
If the appraisal comes higher you can adjust your asking price accordingly.
I also hope you can give me 10% – 15% discount of the appraised value.
After I get an appraisal from you we’ll continue our negotiations.
How do you prefer to get paid: http://www.escrow.com, http://www.PayPal.com check or
wire?
minta nasihat sikit
BAGAK
Oktober 9, 2006
appraisal certificate – inilah yang aku katakan appraisal dari pro.. kat sedo ada… bleh dapatkan perkhidmatan kat situ.. depa ni bleh caya sket…
ini nasihat personal aku… ko kene buat keputusan sendiri..
ingat perkara penting: paling buruk ko akan terima adalah domain terlepas ke tangan orang lain, dan beberapa kos yang ditanggung.
untuk selamat:
1- buat appraisal ngan sedo (kene caj berapa tah)
2- buat transaksi melalui sedo atau escrow.com
3- jangan guna PayPal sebab takut buyer dah dapat domain, pastu mintak refund.
escrow adalah orang tengah.. dan escrow.com memang menjalankan kegiatan tu.. sedo ada escrow depa sendiri tak salah aku..
bleh try tanya alang untuk kepastian, rasa2nya dia penah jual domain… (pss.. kalo bleh mintak dia tolong jawab sini lagi bagus.. aku pon bleh dapat ilmu
)
aku
Oktober 9, 2006
terlupa tanya, domain apa ko jual? bleh aku usha jap..
satu lagi.. kalo wire transfer pon ok gak… duit dah masuk bank.. kita kenal diri kita.. kita takkan tipu depa.. cuma takut depa tak percaya je..
aku
Oktober 9, 2006
Sedo Domain Escrow – http://www.sedo.com/services/s_escrow.php?tracked=&partnerid=26918&language=us
Sedo Domain Name Appraisal – http://www.sedo.com/appraisal.php3?tracked=&partnerid=26918&language=us
Take note: ini link affiliate aku
aku
Oktober 9, 2006
domain ggpack.com. sebenarnya taklah berapa minat nak jual. Saja cuba2 pastu ada pulak omputih tu tanya berapa nak jual. aku dah letak kat sedo tu USD3000. Kalau dapat banyak tu mmg aku let go jer.
Tapi ini first time, banyak benda yang tak tau.
Jap lagi aku nak daftar escrow tu.
Tu yang kena tanya appraisal yang mana satu bagus, kot2 ada pengalaman.
BAGAK
Oktober 10, 2006
aku tak ada pengalaman menjual.. dah tanya alang?
Sedo ni kira well-known. Every domainer knows Sedo. Leader in this particular industry.
Kalo aku ditempat ko, i’ll go for Sedo. Kalau dapat certicifate dari Sedo, ada ‘gah’ tu.
Cuma…
ggpack.com tidak generic pada pendapat aku. ‘gg’ tu boleh dianggap abbreviation.. kalu pakai swiftappraisal… dapat below $100
tu anggaran kasar… maybe kalo ko yang appraise, akan dapat nilai lain..
IF THE OFFER IS A GENUINE OFFER
andaian aku: ggpack.com ni mungkin ada makna bagi mat saleh tu.. maybe nama syarikat dia.. atau dia rasa catchy.. jadi dalam bab ni, kita main strategy nombor. whoever say first, he lost.
’siapa cakap dulu, dia kalah’ – maknanya, ko takleh letak rege dulu..
ok, sekarang ko dah letak rege, memang pada dasarnya ko kalah… tetapi memandangkan ko dapat offer, jangan turunkan offer..
ada 2 pilihan:
1. ko cakap ko tak mampu buat appraisal, jadi ko mintak dia yang buat appraisal, guna mana2 khidmat appraisal yang ko suka… bagi kes ni, kita andaikan Sedo.
2. ko tanya terus berapa dia nak untuk domain tu..
bagi kedua-dua soalan, jika rege yang dia tawarkan ko dah suke, try counter-offer (ini risiko, takut dia tak minat dah)
kalo ko dah puas hati… ko go on jer… pakai wire lagi bagus… kalo dapat dalam $2500, bagi $100 dah le kat aku hahah… jokes.
aku
Oktober 10, 2006
tq, banyak info aku dapat dari komen kau tu
tepat sekali kau cakap aku kalah sebab aku dah tetap harga banyak tu.
kat sedo, appraisal paling murah$29
aku tengah fikir macam mana nak balas email dia pasal appraisal
kalau aku berjaya jual, aku janji kau dapat hosting dengan nama domain sekali daripada sempoihosting selama setahun …muhahahaa. doakan dia tak berubah hati
BAGAK
Oktober 10, 2006
hehehe.. aku doakan ko berjaya jual.. AMIN
(doa ada makna tu huhuhu…)
aku
Oktober 10, 2006
setelah aku baca semula email yang omputih tu bagi, aku rasa dia pun broker. Dia akan cuba jual domain aku dan ambil sedikit untung. cuba baca kat bawah
Domain name is an investment for me. In other words I’m going to sell your
name later and make a profit. If I overpay I won’t be able to make a profit
in the future. It’s very important for you and me to know the current market
value of your domain.
sesuatu yang mengumbirakan aku ialah ada manusia klik iklan kat parking domain aku dari US.
Dengan nilai sewaan pertama aku dah sebanyak 0.03 €.
BAGAK
Oktober 10, 2006
hehehe… nice earning memandangkan ia dalam euro, aku nye biasanya USD0.03,
ada satu domain, satu klik $0.28, tapi malangnya, jarang orang masuk.. (domain dirahsiakan)
jadik, jalan paling jitu adalah, ko tanya berapa nilai yang dia rasa dia bleh buat profit lepas beli. kalo ko very yakin dia broker, ko jangan buat appraisal, biar dia yang buat.. sebab ko bukan bulur sangat nak jual
oh lupa nak cakap… domain parking ni bleh dijadikan nilai ukur untuk jual domain.
katakan offer dia datang sebulan atau 2 bulan daripada tarikh sekarang. dan ko nye earning dalam $60 sebulan. ko bleh demand domain tu dengan rege USD300 (cadangan aku), sebab, dalam sebulan bleh dapat $60, ROI dalam 5 bulan… pastu kaut untung..
ALHAMDULILLAH. (sebab ucapan dirahsiakan)
aku
Oktober 10, 2006
peh.. pandai betul korang invest domain. Aku nak tanya, kalau domain name macam ni ada nilai tak?
touchcrazy.com
Hari tu aku dok usha webdonut.com – malang sungguh baru 2 hari lepas dah ada org register
ali
Oktober 11, 2006
ali, aku appraise cara amateur kat swiftappraisal:
Domain: touchcrazy.com
Marketability: fair
Clarity: poor
Memorability: excellent
Link Popularity: n/a
Extension: excellent
Length: very good
Word count: very good
Hyphens: not present
Numerals: not present
Substitutions: not present
Abbreviations: not present
Estimated Value: $ 1,600 ~ 2,400
again, ini bukan pronye appraisal..
aku
Oktober 11, 2006
oh lupe.. pasal webdonut.com tu, nanti aku cerita pasal domain tasting dan watchlist… tapi kalo ko nak google dulu pon bleh… (time keje ni hehehe)
aku
Oktober 11, 2006
Wah2..hebat sungguh korang. Kagum aku..
Fuad
Oktober 11, 2006
setakat ni aku macam blur nak teruskan usaha menjual domain tu
omputih tu macam suruh aku sendiri carikan cert appraisal (maksudnya keluarkan modal sendiri)
dia syorkan
1. http://www.allfordomains.com/appraise.asp >> a fast, accurate and non-expensive manual service.
2. http://www.DomainMart.com >> very expensive – $200/hour.
dia tak suka http://www.Afternic.com sebab auto generate punya appraisal.
BAGAK
Oktober 13, 2006
enaku,
aku test kat swiftappraisal.com
nilai domain yg aku nak jual lebih kurang 12,000-17,000 USD
BAGAK
Oktober 13, 2006
Marketability dan Clarity jangan letak tinggi sangat… kalo letak rendah, result dia camna? meh aku test:
Domain: ggpack.com
Marketability: fair*
Clarity: poor*
Memorability: excellent
Link Popularity: n/a
Extension: excellent
Length: very good
Word count: good
Hyphens: not present
Numerals: not present
Substitutions: not present
Abbreviations: present*
$ 600 ~ 900
Ambil perhatian yang bertanda *
Apapun, bagus aa kalo USD12000, huhuhu… gelap dah mata aku… jual jangan tak jual hahaha… }:)
aku
Oktober 13, 2006
komen ko yang awal masuk bilik Awaiting Moderation
tu pasal aku tak perasan… hmm…
kalo macam tu, sedo la murah, $29 jer…
jangan mamat ni orang AllForDomains.com dah ler.. hehehe
aku
Oktober 13, 2006
Sedo ni pandai juga
kalau nak jual domain dengan USD dia caj appraisal dgn USD
kalau jual dengan pound, dia caj dgn pound juga
SPAM KARMA memang cam tu, kita kena selalu tengok
kalau tidak, kecik hati kawan yang komen guna URL
BAGAK
Oktober 14, 2006
Domain Parking
Alkisahnya, dalam perjalanan balik beraya, ketika sampai di Jeli, aku bagi Fuad pulak bawak kereta. Yer lah, dari Balik Pulau sampai Jeli aku jer yang dok pulas stereng, terasa gak nak bagi Fuad pulas, nak bagi bini aku bawak, takut tak sampai rumah.
N…
TechnoPreneur - Technology, Entrepreneurship & Life
November 3, 2006